Bengkel Internet – Media Sosial
22 Januari 2017 | Aktiviti Terkini
Bengkel internet – media sosial telah berlangsung pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 1.00 tengah hari. Bengkel ini telah berlangsung di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sg. Ara. Di dalam bengkel ini, mereka telah di ajar cara menggunakan aplikasi youtube,gmail dan juga facebook. Dengan menggunakan aplikasi youtube, mereka dapat belajar cara membuka akaun gmail dan cara membuka akaun facebook dengan betul. Mereka turut di ajar cara untuk mencari maklumat dengan menggunakan aplikasi youtube.
Selain itu, Mereka juga di ajar kaedah penggunaan aplikasi youtube dengan betul dengan menaip kata kunci yang berkaitan dengan apa yang mereka kehendaki. Mereka juga di ajar agar tidak membuka atau klik sebarang iklan yang keluar ketika mereka sedang melayari aplikasi youtube.
Di samping itu, mereka juga di di beri penerangan tentang “e-learning”. Mereka di beri penerangan tentang cara penggunaan “e-learning” dan fungsi “e-learning” di internet. Antara contoh permainan “e-learning” yang membantu meningkatkan kemahiran Bahasa inggeris dalam kalangan pelajar adalah “Spelling Bee Games” dan juga ”Turtle Move” . Dengan memberi penerangan yang betul tentang aplikasi media sosial dan “e-learning”, dapat membantu mereka meningkatkan kefahaman berkaitan internet dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: